Berburu di padang datar, Menjerat rusa kencang berlari; Berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi.
Laman web ini adalah direka khusus untuk para pembaca khususnya anak didikku untuk mendapatkan nota-nota, maklumat-maklumat terkini, perbincangan dan bahan ilmiah lain dalam subjekku. Website ini adalah inovasi daripada web yang lama iaitu : www.fairullahs.blogspot.com yang mana laman web ini hanya lebih memfokuskan kepada inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Mudah-mudahan dengan tercipta laman web ini , para pembaca sekelian akan dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan dengan lebih kondusif dan dapat saling bertukar-tukar fikiran dalam menyampaikan wadah ilmu yang bermanfaat. Semoga kita semua mendapat hidayah dan keberkatan dari Allah swt.. amin......
kLiK IkLaN Di BaWaH uNtUk TaWaRaN MeNaRiK !!!!!!!!!
ToOl BoX.
Wednesday, August 18, 2010
Electronic Simulation 2 - Adam -
Tuesday, August 17, 2010
Saturday, August 14, 2010
Slide - asrs
Asrs
View more presentations from mohd fairullah bin muhammadon.
Friday, August 13, 2010
Thursday, August 12, 2010
slide - motor au
slide - motor au
View more presentations from mohd fairullah bin muhammadon.
Wednesday, August 11, 2010
vIdEo - BiNaAn MoToR ArUS uLaNG aLik ( a.u )
Tuesday, August 10, 2010
nota pengakap kelana siswa PJB
Pengakap Kelana Siswa
View more presentations from mohd fairullah bin muhammadon.
Sunday, August 8, 2010
CarA PENGHASILan KeRtAS kErja - R2001 ( pengakap kelana siswa)
Penulisan kertas kerja
View more presentations from mohd fairullah bin muhammadon.
SlIdE NOta e2063 - TeKnOLoGi ELekTrik 2
PENGUBAH ( TRANSFORMER ) - ( E 2063 ) TEKNOLOGI ELEKTRIK 2
Binaan Asas Pengubah.
Binaan asas pengubah terdiri daripada sebuah teras yang dililit dengan dua belitan pengalir, seperti yang ditunjukkan di sebelah. Belitan-belitan ini masing-masing mempunyai fungsi dan bilangan lilitan tertentu.
Bahagian teras dililit oleh pengalir kuprum berpenebat dengan bilangan lilitan tertentu. Nama dan jenis pengubah bergantung kepada bilangan belitan pengalir kuprum tersebut dibuat dan jenis teras yang digunakan.
Teras diperbuat daripada kepingan-kepingan keluli silikon yang ditebat diantara satu sama lain. Ketebalan setiap kepingan biasanya adalah antara 1 mm hingga 5 mm. Di samping tahan lasak, kepingan keluli silikon mempunyai sifat histerisis yang rendah bagi mengurangkan kehilangan kuasa. Teras dibuat berlapis-lapis untuk mengelakkan kehilangan kuasa yang disebabkan oleh arus pusar.
Teras dibuat mengikut bentuk tertentu bagi mengurangkan lesapan kuasa. Bentuk utama teras yang lazim digunakan ialah bentuk kelompang (E-I) dan bentuk tingkap (U-I) seperti ditunjukkan di bawah. Walau bagaimanapun, pemilihan jenis dan bentuk teras adalah bergantung kepada penggunaan pengubah.
Bentuk tingkap (U-I).
Binaan asas pengubah terdiri daripada dua belitan yang dililit pada teras. Belitan yang disambung ke punca voltan dinamai belitan utama dan digunakan untuk menyalur masuk tenaga elektrik kepada pengubah. Belitan yang disambung ke litar beban dinamai belitan sekunder dan digunakan untuk menyalur keluar tenaga elektrik dari pengubah. Terdapat juga pengubah yang mempunyai hanya satu belitan iaitu auto-pengubah. Bahagian sekunder auto-pengubah diambil sebahagian daripada belitan utama.

Teras.

Belitan.

contoh Auto-pengubah.
Terdapat pelbagai kaedah belitan, antaranya termasuklah belitan sepusat dan belitan apit.
Subscribe to:
Posts (Atom)